Bismillah…
So, y’all here’s the tea…
I am almost 11 weeks pregnant. Baby dust to all. (Ayat apps Flo sangat haha)
Alhamdulillah there is baby human inside me.
Sangat tidak dirancang tetapi
dijangka. Suami dan keluarga semua gembira. Syukur. Semoga perjalanan
mengandung 9 bulan 10 hari ini dipermudahkan ALLAH SWT, selamat dunia dan
akhirat.
Sebelum tahu diri mengandung,
diri sangatlah moody, mood swing sana dan sini. Sampai padam semua akaun sosial
media. Risau satu benda tu padahal tak ada hal pun. Selesai di situ. Period
sedikit lewat dari tarikh biasa pun masih boleh chill. Lepas seminggu period tak sampai-sampai, barulah beli
pregnancy test yang jenis strip dan keputusannya. Jeng jeng jeng… Dua garis. Satu
garis tu tak terang sangat. Mungkin sebab awal sangat, HCG level pun masih
rendah.
Hari berlalu dengan biasa.
Sampailah pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak. (Pergi selepas tengok check list tanda-tanda orang mengandung tu ada pada saya termasuklah morning sickness dan segala bagai tu) Staff di situ daftarkan saya,
kemudian diminta buat pemeriksaan air kencing. Keputusannya, positif
mengandung. Bila masuk bilik jururawat yang in charge, semua ucap TAHNIAH. Saya
masih blur blur sebab fikir lepas ni kena buat apa. Hahahahaha Lepas tu diminta
masuk ke makmal untuk ujian darah. Kalau tak silap sejumlah 30ml darah disedut.
Diminta tunggu sekejap. Sambil tu nurse panggil. Nurse bagi talk sedikit sebanyak
tentang penjagaan awal kandungan dari benda-benda yang paling asas. Dalam buku
klinik tu kiranya ada silibus, setiap temu janji dengan nurse ada tajuk yang
nurse akan bagi talk. Keputusan ujian darah dan pemeriksaan air kencing pula
semua normal alhamdulillah.
Selesai di situ, nurse minta saya
ke farmasi untuk ambil ubat-ubatan. Antaranya ubat tambah darah (lupa nama),
asid folic, dan vitamin bcomplex. Selepas dapat tahu secara rasmi diri ini
mengandung, maka bermulalah episod alahan yang tidak berbelah bahagi. Hanya
mampu telan bubur nasi dan telur dadar sahaja. Hahahahahaha Tidak cukup dengan
itu, diuji dengan sakit gigi, sakit gusi. Alhamdulillah semakin membaik. Dugaan
sangat.
Pun begitu, saya rajin minum susu
kotak tidak berperisa yang berperisa dan semakin berselera memakan buah-buahan
yang manis dan yang masam. Ayam semua tak lalu tekak. Hujung hidung pun tak
mampu hidu. Entahlah kenapa tiba –tiba rasa ayam tu jadi hanyir sampai tak
boleh nak makan. Hahahahaha Padahal masa bercuti di Genting dengan suami, bukan
main lagi makan ayam McD, dengan nasi lemak McD tak hingat donia. Pergi pula
merewang di pasar malam KKB, boleh pulak makan char kue tiow, segala kepak bbq, cendol, green tea. hahaha
Tapi bila ingat (throwback sikit)
ada sehari tu terliur nak makan mempelam muda yang kecik-kecik tu. Kebetulan
pokok tu ada tepi surau dekat blok rumah kami di Maktab PDRM KKB. Saya punya
merengek nakkan mempelam tu kalah budak kecik. Hahahahaha bila dapat, tak
pandang kiri kanan. Suami senyum ja pandang. Katanya ‘maybe sayang dah ada baby.’
Kami dua laki bini tak tahu pun, sungguh. Sampailah saya balik semula Sabah
untuk uruskan urusan penempatan. Hahahahah Ingatkan mengandung tahun depan,
alhamdulillah ALLAH Maha Kaya bagi cepat lekat baby.
Disclaimer: Pregnancy journey saya mungkin sama dengan sesetengah
orang dan mungkin tidak. Jika tidak, usah gelabah katak sebab setiap manusia
adalah unik. Wink wink !!
Alhamdulillah alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Sayyidina
Muhammad.
No comments:
Post a Comment