Persediaan
Perkahwinan
Alhamdulillah, memetik kata-kata
Siti Awe kos kahwin overall tak mahal
tapi tak murah. Mula-mula tak paham tapi lama-lama setuju bila perbelanjaan
dikeluarkan sesuai dengan bajet, cun cun cukup. Bukan mudah nak mengatur majlis
perkahwinan sebab saya masih dalam pengajian. (Amboiii gatal sungguh nak kahwin
padahal belajar tak habis lagi ß
standard mak cik bawang punya mengata hahahaha asalkan kau bahagialah mak cik
bawang oi hahaha) Suka dijelaskan di sini, perkenalan dengan suami sejak tahun
2014, bertunang pada tahun 2016 dan bernikah pada tahun 2018 iaitu tahun lalu.
Gatal tak gatal, yang penting saya tak tunggu gatal dulu baru gelabah katak nak
menikah. Hahaha Time frame agak lama
jugaklah sebelum menuju halal. Alhamdulillah semua berjaya ditempuhi. Ujian tu
tak terasa sangat bila hati bertekad untuk bersama-sama menghadapi. Dan
sesungguhnya semua berlaku mudah dan senang dengan adanya restu ahli keluarga.
Selain perbelanjaan, status hubungan pula long
distance relationship. Tawakal dan doa memang kena lebih.
Berkaitan prosedur pula, di
peringkat kampus saya telah memohon kebenaran untuk berkahwin dan dibenarkan
serta diluluskan dengan jayanya. Kursus kahwin pula dihadiri tanpa gagal
walaupun pergi asing-asing. Tak wajib pergi berdua pun. Saya kursus kahwin di
Sandakan, manakala tunang di Selangor. Borang permohonan berkahwin siap dimohon
dan dokumen untuk nikah siap disediakan termasuklah segala maklumat diri dan
pasangan dan borang perubatan, borang perakuan bujang dan lain-lain. Saya
sangkut bahagian wali saja. Maklumlah anak angkat. Tak rapat pula dengan
keluarga kandung. Untuk memudahkan sebenarnya sebulan awal tu ada tanya nak
datang atau tidak sebab kerja bapa kandung ni tak boleh dijangka sebab saya pun
serba-serbi tak tahu sangat. Hahahaha Bapa kandung cakap dia boleh datang jadi
wali. Jadi, kira oklah. Hari nikah tu wali gagal dihubungi. Dekat waktu menikah
baru dapat dihubungi alhamdulillah. Ada dua jam lebih jugaklah duduk sampai nak
cramp punggung tunggu wali di masjid.
Lepas tu semua berjalan lancar. Syukur.
Awal tahun 2018, saya dan umi (yang jaga saya sejak bayi) sudah mula senaraikan tetamu. Saya
siapkan senarai
dan tetamu mencecah 600 orang untuk kaum keluarga sahaja di daerah sekitar
Beluran. Kemudiannya, jadikan senarai terus kepada 800 orang tetamu. Selepas tu
saya bincang nak pilih menu apa masa majlis nanti. Jadi boleh terus buat bajet
untuk beli barang bahan mentah, bahan basah kering untuk stok di dapur. Umi
biasa sangat buat katering, jadi saya tak ambil katering luar. Hari kejadian
dekat hujung-hujung majlis tu lauk dekat-dekat nak habis tapi orang-orang yang
tolong di dapur sentiasa top up kan lauk bagi cukup untuk semua tetamu.
Masa hari nikah tak ada kenduri
apa sangat sebab majlis dibuat di masjid lepas tu pengantin balik rumah
masing-masing selepas ambik gambar nikah, esok hari barulah pengantin lelaki
datang semula dengan rombongan keluarga untuk majlis bersanding. Majlis
bersanding dijangka bermula jam 11 pagi hingga 5 petang sahaja. Malam sebelum
hari sanding iaitu hari selesai nikah tu barulah dibuat majlis khatam Quran dan
berinai kecil-kecilan. Sanak-saudara yang terlibat sedikit saja. Lagipun tak
jemput semua orang. Hari sanding tu baru jemput ramai tetamu.
Kek pula siap-siap tempah dengan
kenalan umi juga. Saya minta kek fondant sebab majlis bukan dalam dewan berhawa
dingin. Nak ulas panjang, memang nak tempah dewan tapi dah ada yang booked
lebih awal pagi dan malam hari yang sama dengan hari majlis saya tu. Dewan
masyarakat kampung pula kedudukan dia nunn atas bukit tinggi. Jadi tak berapa
nak sesuai. Majlis dibuat di rumah saja dengan khemah-khemah kanopi. Doorgift, kad jemputan, gegantung (banner) saya tempah di SR Creative.
Semua siap cantik, elok, lebih dari cukup. Jurugambar pula saya tukar last minit (kejamss), saya hire service dari jurugambar Farid Md
Arif. Alhamdulillah puas hati sangat-sangat. Khemah kanopi dan kerusi settle tiga hari sebelum majlis siap
dihantar. Syukur.
Part pelamin pula memang orang yang buat job tu yang offer lebih
awal dengan umi iaitu Toknan. Toknan sangat best bila bekerja dengan dia. Tak
stress. Dia offer make up sekali. Bagi mini pelamin sebijik masa hari nikah, ni
kira Toknan buat amal jariah dekat sayalah. Hahaha Baju pengantin memang yang custom made, Toknan buatkan yang baharu,
dia nak saya jadi princess. Saya ok
layankan saja. Ada tiga pasang baju semua sekali, baju nikah dress peplum putih,
baju sanding (princess gown), baju dress
putih untuk match dengan baju
istiadat PDRM suami. Tiga set tiara, masa nikah, sanding, dan masa majlis
potong kek pun ada. Bunga tangan pun tukar tiap kali tukar baju. Vasss, I
sukerrr. Hahaha
Masa khatam Quran pula guna baju
sendiri, baju dress putih dengan veil sekali. Masa berinai pula baju kurung
moden sponsor jenama Leeyana Rahman, hadiah dari mami chubby nori. Kasut
pengantin pula order dari Christy Ng model Cynthia. Inai pula tak tempah khas,
minta sepupu ja buatkan. Sound system
masa majlis guna speaker keluarga dua buah. Muzik semua dari laptop sendiri,
buka ja youtube pilih lagu. Saya Cuma pasangkan hotspot dan zaassss boleh
mainkan muzik supaya tak adalah krik krik. Ada sediakan teks emcee tapi tak
terpakai sangat sebab hari kejadian tak berapa nak onz sangat guna teks tu.
Orang tetamu tak hirau pun hahahaha Meriah yang amat kan.
Selesai sanding bersanding terus
ke sesi photoshoot outdoor bersama photographer
Farid. Dia cadangkan tempat, dan gambar turned
out lawaaa. Muka masa tu selebet selekeh, dengan hujan gerimis mengundang,
memang disaster hahaha dengan semangat waja tetap diteruskan dan hasilnya alhamdulillah
gambar elokkk. Esoknya pula majlis bertandang, memang sengaja tak bagi ada gap
sebab cuti suami sangat limited. Tema baby blue dengan songket. MUA Fyd pula
memang talented sayangnya jurugambar
yang in charge hari tu for me sekadar ambil gambar macam tu
aje. Tengok hasil gambar dalam fb dia elok aje. Sangka baik ajelah kan. Tapi
seriously kalau tak nak ambik job tu dengan serius, jangan ambil sambil lewa
sebab orang upah dan bayar bukannya percuma orang mintak service tu. Menyirap
jugaklah tengok disaster gambar tu.
Bagi saya hanya 10% saja gambar yang okay. Gambar dalam frame pulak tak lawa,
saya nampak pendek sangat, sepatutnya jurugambar tahu angle mana cantik nak
ambik gambar. Sudahnya, sangka baik ajelah. Tetap gambar sanding pilihan hati.
Hahahaha
Apapun, terima kasih diucapkan
kepada semua yang terlibat memeriahkan majlis ini secara langsung mahupun tidak
langsung. Semoga ikatan yang terbina ini sampai Jannah. Ameen.
No comments:
Post a Comment