Saturday 9 November 2019

Vent out frustration.

Sebelum penulisan blog ni melangkah dengan lebih jauh, suka saya ingatkan yang blog ni bukanlah blog ilmiah yang berunsurkan akademik. Blog ni lebih kepada penulisan luahan perasaan yang terbuku dalam hati.

Kenapa tak guna sebagai medium penyebaran ilmu? Actually, (amboih terus keluar speaking) sebenarnya, saya pernah melalui fasa fasa menyebarkan ilmu dalam alam maya bersifat tanpa batasan ini. Masa tu umur masih 17 tahun, tingkatan lima katakan... Adala member ni buat grup dalam facebook. Dalam grup tu kira macam latih orang menulis dengan betul, ada diskusi pasal penulisan kreatif dan sebagainya. Alhamdulillah ada juga beberapa orang yang berjaya bermula dari situ. Penulis penulis berpengalaman akan upload fail nota nota berkaitan penulisan, teknikal tanda baca, naratif dan dialog, macam macam dikongsi. Kira masa tu zaman kegemilangan grup tu lah.

Lama lama, saya tak aktif dalam grup tu sebab saya rasa tugas membetulkan orang ni menuntut kesabaran yang tinggi. Selain tu kena tahan tukul bila orang mempersoalkan kredibiliti kau, yalah sebab saya masa tu penulis pun bukan, cikgu jauh sekali tapi ada hati nak ajar orang. Mula dari situ saya senyapkan diri, buat facebook baharu dan senyap sampai sekarang. Member ada tanya, ada orang marah ke sebab mengajar dalam grup tu, saya pun chill saja sebab tak mahulah panjang-panjangkan cerita.

Dalam pada itu, tahun lepas agak aktif berkomplot menulis dan akhirnya muncullah buku antologi bersama penulis lain.

Perancangan masa depan ni pula ada juga berfikir hendak aktif menulis semula, tapi memandangkan baru ditempatkan di sekolah sebagai guru berjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, saya mungkin akan habtar di akhbar atau majalah. Mana lah tahu rezeki.


Penulisan di blog ni pun saja saja. Semoga apa apa pun urusan kebaikan kita dipermudahkan olehnya. Aminn

No comments:

Post a Comment