Wednesday 16 October 2019

Dah kahwin!


Persediaan Perkahwinan
Alhamdulillah, memetik kata-kata Siti Awe kos kahwin overall tak mahal tapi tak murah. Mula-mula tak paham tapi lama-lama setuju bila perbelanjaan dikeluarkan sesuai dengan bajet, cun cun cukup. Bukan mudah nak mengatur majlis perkahwinan sebab saya masih dalam pengajian. (Amboiii gatal sungguh nak kahwin padahal belajar tak habis lagi ß standard mak cik bawang punya mengata hahahaha asalkan kau bahagialah mak cik bawang oi hahaha) Suka dijelaskan di sini, perkenalan dengan suami sejak tahun 2014, bertunang pada tahun 2016 dan bernikah pada tahun 2018 iaitu tahun lalu. Gatal tak gatal, yang penting saya tak tunggu gatal dulu baru gelabah katak nak menikah. Hahaha Time frame agak lama jugaklah sebelum menuju halal. Alhamdulillah semua berjaya ditempuhi. Ujian tu tak terasa sangat bila hati bertekad untuk bersama-sama menghadapi. Dan sesungguhnya semua berlaku mudah dan senang dengan adanya restu ahli keluarga. Selain perbelanjaan, status hubungan pula long distance relationship. Tawakal dan doa memang kena lebih.


Berkaitan prosedur pula, di peringkat kampus saya telah memohon kebenaran untuk berkahwin dan dibenarkan serta diluluskan dengan jayanya. Kursus kahwin pula dihadiri tanpa gagal walaupun pergi asing-asing. Tak wajib pergi berdua pun. Saya kursus kahwin di Sandakan, manakala tunang di Selangor. Borang permohonan berkahwin siap dimohon dan dokumen untuk nikah siap disediakan termasuklah segala maklumat diri dan pasangan dan borang perubatan, borang perakuan bujang dan lain-lain. Saya sangkut bahagian wali saja. Maklumlah anak angkat. Tak rapat pula dengan keluarga kandung. Untuk memudahkan sebenarnya sebulan awal tu ada tanya nak datang atau tidak sebab kerja bapa kandung ni tak boleh dijangka sebab saya pun serba-serbi tak tahu sangat. Hahahaha Bapa kandung cakap dia boleh datang jadi wali. Jadi, kira oklah. Hari nikah tu wali gagal dihubungi. Dekat waktu menikah baru dapat dihubungi alhamdulillah. Ada dua jam lebih jugaklah duduk sampai nak cramp punggung tunggu wali di masjid. Lepas tu semua berjalan lancar. Syukur.

Awal tahun 2018, saya dan umi (yang jaga saya sejak bayi) sudah mula senaraikan tetamu. Saya 
siapkan senarai dan tetamu mencecah 600 orang untuk kaum keluarga sahaja di daerah sekitar Beluran. Kemudiannya, jadikan senarai terus kepada 800 orang tetamu. Selepas tu saya bincang nak pilih menu apa masa majlis nanti. Jadi boleh terus buat bajet untuk beli barang bahan mentah, bahan basah kering untuk stok di dapur. Umi biasa sangat buat katering, jadi saya tak ambil katering luar. Hari kejadian dekat hujung-hujung majlis tu lauk dekat-dekat nak habis tapi orang-orang yang tolong di dapur sentiasa top up kan lauk bagi cukup untuk semua tetamu.


Masa hari nikah tak ada kenduri apa sangat sebab majlis dibuat di masjid lepas tu pengantin balik rumah masing-masing selepas ambik gambar nikah, esok hari barulah pengantin lelaki datang semula dengan rombongan keluarga untuk majlis bersanding. Majlis bersanding dijangka bermula jam 11 pagi hingga 5 petang sahaja. Malam sebelum hari sanding iaitu hari selesai nikah tu barulah dibuat majlis khatam Quran dan berinai kecil-kecilan. Sanak-saudara yang terlibat sedikit saja. Lagipun tak jemput semua orang. Hari sanding tu baru jemput ramai tetamu.


Kek pula siap-siap tempah dengan kenalan umi juga. Saya minta kek fondant sebab majlis bukan dalam dewan berhawa dingin. Nak ulas panjang, memang nak tempah dewan tapi dah ada yang booked lebih awal pagi dan malam hari yang sama dengan hari majlis saya tu. Dewan masyarakat kampung pula kedudukan dia nunn atas bukit tinggi. Jadi tak berapa nak sesuai. Majlis dibuat di rumah saja dengan khemah-khemah kanopi. Doorgift, kad jemputan, gegantung (banner) saya tempah di SR Creative. Semua siap cantik, elok, lebih dari cukup. Jurugambar pula saya tukar last minit (kejamss), saya hire service dari jurugambar Farid Md Arif. Alhamdulillah puas hati sangat-sangat. Khemah kanopi dan kerusi settle tiga hari sebelum majlis siap dihantar. Syukur. 


Part pelamin pula memang orang yang buat job tu yang offer lebih awal dengan umi iaitu Toknan. Toknan sangat best bila bekerja dengan dia. Tak stress. Dia offer make up sekali. Bagi mini pelamin sebijik masa hari nikah, ni kira Toknan buat amal jariah dekat sayalah. Hahaha Baju pengantin memang yang custom made, Toknan buatkan yang baharu, dia nak saya jadi princess. Saya ok layankan saja. Ada tiga pasang baju semua sekali, baju nikah dress peplum putih, baju sanding (princess gown), baju dress putih untuk match dengan baju istiadat PDRM suami. Tiga set tiara, masa nikah, sanding, dan masa majlis potong kek pun ada. Bunga tangan pun tukar tiap kali tukar baju. Vasss, I sukerrr. Hahaha


Masa khatam Quran pula guna baju sendiri, baju dress putih dengan veil sekali. Masa berinai pula baju kurung moden sponsor jenama Leeyana Rahman, hadiah dari mami chubby nori. Kasut pengantin pula order dari Christy Ng model Cynthia. Inai pula tak tempah khas, minta sepupu ja buatkan. Sound system masa majlis guna speaker keluarga dua buah. Muzik semua dari laptop sendiri, buka ja youtube pilih lagu. Saya Cuma pasangkan hotspot dan zaassss boleh mainkan muzik supaya tak adalah krik krik. Ada sediakan teks emcee tapi tak terpakai sangat sebab hari kejadian tak berapa nak onz sangat guna teks tu. Orang tetamu tak hirau pun hahahaha Meriah yang amat kan.


Selesai sanding bersanding terus ke sesi photoshoot outdoor bersama photographer Farid. Dia cadangkan tempat, dan gambar turned out lawaaa. Muka masa tu selebet selekeh, dengan hujan gerimis mengundang, memang disaster hahaha dengan semangat waja tetap diteruskan dan hasilnya alhamdulillah gambar elokkk. Esoknya pula majlis bertandang, memang sengaja tak bagi ada gap sebab cuti suami sangat limited. Tema baby blue dengan songket. MUA Fyd pula memang talented sayangnya jurugambar yang in charge hari tu for me sekadar ambil gambar macam tu aje. Tengok hasil gambar dalam fb dia elok aje. Sangka baik ajelah kan. Tapi seriously kalau tak nak ambik job tu dengan serius, jangan ambil sambil lewa sebab orang upah dan bayar bukannya percuma orang mintak service tu. Menyirap jugaklah tengok disaster gambar tu. Bagi saya hanya 10% saja gambar yang okay. Gambar dalam frame pulak tak lawa, saya nampak pendek sangat, sepatutnya jurugambar tahu angle mana cantik nak ambik gambar. Sudahnya, sangka baik ajelah. Tetap gambar sanding pilihan hati. Hahahaha  

Apapun, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat memeriahkan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ikatan yang terbina ini sampai Jannah. Ameen.

Kejora Pregnancy Journey


Bismillah…
So, y’all here’s the tea…
I am almost 11 weeks pregnant. Baby dust to all. (Ayat apps Flo sangat haha)
Alhamdulillah there is baby human inside me.

Sangat tidak dirancang tetapi dijangka. Suami dan keluarga semua gembira. Syukur. Semoga perjalanan mengandung 9 bulan 10 hari ini dipermudahkan ALLAH SWT, selamat dunia dan akhirat.
Sebelum tahu diri mengandung, diri sangatlah moody, mood swing sana dan sini. Sampai padam semua akaun sosial media. Risau satu benda tu padahal tak ada hal pun. Selesai di situ. Period sedikit lewat dari tarikh biasa pun masih boleh chill. Lepas seminggu period tak sampai-sampai, barulah beli pregnancy test yang jenis strip dan keputusannya. Jeng jeng jeng… Dua garis. Satu garis tu tak terang sangat. Mungkin sebab awal sangat, HCG level pun masih rendah.

Hari berlalu dengan biasa. Sampailah pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak. (Pergi selepas tengok check list tanda-tanda orang mengandung tu ada pada saya termasuklah morning sickness dan segala bagai tu) Staff di situ daftarkan saya, kemudian diminta buat pemeriksaan air kencing. Keputusannya, positif mengandung. Bila masuk bilik jururawat yang in charge, semua ucap TAHNIAH. Saya masih blur blur sebab fikir lepas ni kena buat apa. Hahahahaha Lepas tu diminta masuk ke makmal untuk ujian darah. Kalau tak silap sejumlah 30ml darah disedut. Diminta tunggu sekejap. Sambil tu nurse panggil. Nurse bagi talk sedikit sebanyak tentang penjagaan awal kandungan dari benda-benda yang paling asas. Dalam buku klinik tu kiranya ada silibus, setiap temu janji dengan nurse ada tajuk yang nurse akan bagi talk. Keputusan ujian darah dan pemeriksaan air kencing pula semua normal alhamdulillah.

Selesai di situ, nurse minta saya ke farmasi untuk ambil ubat-ubatan. Antaranya ubat tambah darah (lupa nama), asid folic, dan vitamin bcomplex. Selepas dapat tahu secara rasmi diri ini mengandung, maka bermulalah episod alahan yang tidak berbelah bahagi. Hanya mampu telan bubur nasi dan telur dadar sahaja. Hahahahahaha Tidak cukup dengan itu, diuji dengan sakit gigi, sakit gusi. Alhamdulillah semakin membaik. Dugaan sangat.

Pun begitu, saya rajin minum susu kotak tidak berperisa yang berperisa dan semakin berselera memakan buah-buahan yang manis dan yang masam. Ayam semua tak lalu tekak. Hujung hidung pun tak mampu hidu. Entahlah kenapa tiba –tiba rasa ayam tu jadi hanyir sampai tak boleh nak makan. Hahahahaha Padahal masa bercuti di Genting dengan suami, bukan main lagi makan ayam McD, dengan nasi lemak McD tak hingat donia. Pergi pula merewang di pasar malam KKB, boleh pulak makan char kue tiow, segala kepak bbq, cendol, green tea. hahaha

Tapi bila ingat (throwback sikit) ada sehari tu terliur nak makan mempelam muda yang kecik-kecik tu. Kebetulan pokok tu ada tepi surau dekat blok rumah kami di Maktab PDRM KKB. Saya punya merengek nakkan mempelam tu kalah budak kecik. Hahahahaha bila dapat, tak pandang kiri kanan. Suami senyum ja pandang. Katanya ‘maybe sayang dah ada baby.’ Kami dua laki bini tak tahu pun, sungguh. Sampailah saya balik semula Sabah untuk uruskan urusan penempatan. Hahahahah Ingatkan mengandung tahun depan, alhamdulillah ALLAH Maha Kaya bagi cepat lekat baby.

Disclaimer: Pregnancy journey saya mungkin sama dengan sesetengah orang dan mungkin tidak. Jika tidak, usah gelabah katak sebab setiap manusia adalah unik. Wink wink !!

Alhamdulillah alhamdulillah

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.