Saturday 9 November 2019

Redeployment

Berdiskusi tentang redeployment yang berjaya tu sepatutnya memang sangat menggembirakan untuk saya dan suami.


Actually first sekolah yang saya dapat tu not so bad cuma agak terlalu jauh dari hospital besar dan menyukarkan saya untuk medical checkup dengan dr untuk saya dan baby.

Plus, cikgu di sekolah tu ada bagitahu yang sebelum ni ada cikgu mengandung lapor diri di sekolah tu but unfortunately keguguran. Before that dia ada minta pindah untuk buat medical check up bila dapat sekolah yang lagi dekat tapi tak dapat pindah. Lain lain sebab jalan raya di situ pun bukanlah kondusif dan tidak sesuai untuk ibu mengandung lah , ini based apa yang cikgu tu cakap ke saya.


Kebetulan masa pergi taklimat posting di kk, jalan jauh dan banyak gegar, esoknya saya kena masuk emergency di Hospital Queen, plus gastrik masa tu.

Bila fikir balik, redha tu memang redha mahu pergi sebelum terfikir minta redeployment tu. Kemudian, ada senior senior yang baik hati bagitahu yang lebih baik lagi minta pindah daripada kena hadap risk sebab sekolah tu memang jauh di pedalaman.

Kalau saya memang saya tak yakin masa tu untuk pergi lagi lagi bila cikgu tu cerita pasal yang atas tu. Tapi kalau ada orang yang rasa, ok untuk pergi... Its okay.. Tapi bukan saya. Sebab macam agak kurang bijak bila dah tahu certain2 risk macam lambat dapat rawatan bila emergency happen sebab sekolah tu sangat jauh dan ambil masa lebih 2-3 jam untuk keluar dari situ... Kalau certain orang rasa dia boleh survive, ok go on. Saya pun tak larang. Tapi saya tahu keadaan saya bagaimana, saya memilih untuk memohon pengubahsuaian penempatan.

Untuk argument argument yang tiba tiba pertanyaan yang agak straight tak berlapik lapik macam "sorry tanya, kandunganmu ni bah ada masalahkah?" still for me its not the right time to ask such a question. Kalau rasa ragu macam mana saya bolrh dapat pindah, saya bolrh jelaskan, tidak perlu tanya soalan yang agak harsh begitu. Sampai satu tahap yang lain boleh bersangka buruk pula dengan cakap "Aku fikir rahimmu bermasalah..." wooooo, terkejut beruk jugalah bila kawan sendiri boleh fikir jauh macam tu sekali.

Begini, baby and me baik2 saja. Ringkasnya, saya perlu medical check up setiap bulan di hospital. Jalan yang tak elok agak kurang sesuai dan boleh mencederakan baby dalam kandungan jika saya insist juga untuk ke sana.

Kadang Allah sudah aturkan dan beri pertolongan, tetapi kita takkan lepas dari mata mata yang ada hasad kepada diri kita.

Ramai yang advice supaya elakkan daripada orang orang macam tu yang tak tahu the right choice of words untuk dituturkan.

Apapun, keep moving.

No comments:

Post a Comment